Saturday 19 May 2012

Antara Kaya dan Miskin : Mana satu pilihan anda ?

Antara Kaya dan Miskin : Mana satu pilihan anda ? Salam, Buat permulaan, saya mohon maaf atas kelemahan untuk mengarang artikel baru untuk dimuatkan dalam blog ini. Saya berasa malu dengan diri sendiri apabila hampir setiap hari orang add saya dlm facebook atau hubungi saya melalui email untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah atas tulisan-tulisan yang ada dalam blog ini. Saya minta maaf dan berusaha untuk menulis sekadar yang boleh. Komen dan kritikan dari pembaca blog ini sangatlah dialu-alukan. Antara orang kaya dan miskin, yang manakah lebih baik ??? Saya cuba untuk tidak menghuraikan artikel ini dari sudut agama kerana nanti perbincangan kita akan tertuju ke arah yang lain. Rata-rata antara kita mempunyai pandangan yang cantik dan baik terhadap kemiskinan. Bagi mereka, kemiskinan adalah ketenangan. Selain dari itu, mereka juga akan mengemukakan hujah-hujah agama oleh ustaz itu dan ustaz ini yang mengatakan bahawa kemiskinan itu bagus. Abdul Rahman bin Auf akan merangkak di akhirat kerana kekayaan yang ada. (hujah ini berdasarkan hadith yang daif) Bukan setakat itu, mereka ini juga mempunyai pandangan yang jahat terhadap kekayaan. “Aku tak nak jadi kaya, sebab nanti takut aku akan lupa Tuhan”. Kebodohan seperti ini diteruskan lagi dengan pandangan bahawa orang kaya sombong, kuat menipu, kaki perempuan, kaki minum dan segala yang buruk. Memang ada orang baik dan jahat di kedua-dua kategori miskin dan kaya, tetapi persoalan saya adalah mana yang lebih baik ? Mari kita lihat realiti Siapa paling ramai menghuni rumah HIV ??? Siapa paling ramai menghuni pusat serenti ??? Siapa paling ramai menghuni penjara ??? Siapa banyak mencuri ??? Siapa banyak merompak ??? Siapa banyak merogol ??? Siapa rogol anak dan cucu sendiri ??? Siapa paling ramai buang bayi ??? Siapa paling ramai menagih dadah ??? Anak siapa tidak mendapat pendidikan yang cukup ??? Siapa bohsia dan bohjan ??? Jawapan bagi persoalan di atas adalah Orang Miskin. (Cuba baca artikel ini dengan positif) Jawapan ini bukan jawapan saya, tetapi ini adalah kenyataan dan fakta. Dengan menjadi kaya dan lengkap segala keperluan, tidak ada keperluan untuk seseorang itu merogol, mencuri, merompak, mengambil dadah, membuang bayi dan sebagainya. Orang yang waras pasti sudah boleh menerima apa yang saya ingin sampaikan pada tahap ini. Kepada yang belum memahami, biar saya beri anda 4 pilih dan pilih antara 4 pilihan ini. a. menjadi kaya dan kufur b. menjadi kaya dan beriman c. menjadi miskin dan kufur d. menjadi miskin dan beriman Tentu tidak siapa hendak jadi kufur. Jadi, jawapan kita adalah samada (b) atau (d). Sekarang kita terpaksa membuat pilihan antara menjadi kaya atau miskin. Orang waras akan membuat pilihan menjadi kaya. Dengan menjadi kaya, anda dapat membayar lebih banyak zakat, memberi lebih banyak sedekah, mendidik anak anda dengan pendidikan lebih berkualiti, makan makanan yang lebih berkhasiat, melawat lebih banyak negara, mengenali lebih ramai orang, membaca lebih banyak buku, mempelajari lebih banyak kemahiran. Tidakkah semua ini adalah baik untuk diri dan agama kita ??? Ramai antara kita samada usahawan ataupun yang bekerja makan gaji mengemukakan soalan ini kepada saya. “saya telah banyak berusaha buat itu dan ini, tetapi saya tetap tidak kaya, kenapa ???” Dalam diri manusia, kita mempunyai sistem kepercayaan atau believe system. Sistem ini terbina secara tidak sedar sejak kita kecil dan sistem ini kita akan pegang sehingga kita mati tanpa kita sedari. Untuk berjaya dalam sesuatu, sistem ini kena selari, jika tak selari, maka kita akan sabotaj diri kita sendiri. Dalam contoh di atas, kebanyakkan daripada kita mempunya sistem kepercayaan sebegini. premis 1 – Aku nak jadi kaya. premis 2 – Kekayaan itu jahat premis 3 – Aku tak nak jadi jahat Apabila ketiga-tiga premis ini berada dalam benak fikiran kita, akan berlakulah ‘clash of believe’ atau pertembungan kepercayaan. Kita tak mungkin jadi kaya sehingga bila-bila. Ini adalah seperti sebuah kapal di tengah-tengah laut yang ditarik ke arah timur dan barat. Kapal itu tidak ke mana, ataupun akan ke arah yang lebih kuat secara susah payah. Inilah yang terjadi dengan masyarakat kita hari ini. Orang Melayu terutamanya. Mereka ini dididik oleh persekitaran samada ibubapa, guru, ustaz, filem, tv, radio dan lain-lain bahawa kekayaan itu sesuatu yang jahat. Lihat saja filem hindustan, jarang sangat hero adalah seorang yang kaya. Hero biasanya miskin, penjahat biasanya kaya. Penjahat akan menindas hero yang miskin, hero ini akan menentang penjahat yang kaya sehingga dia menang. Penjahat yang kaya akan kalah. Cuba bayangkan sebuah filem hindustan dengan hero yang kaya raya, dan penjahat yang miskin. tentu tak best kan ??? Inilah yang mendidik sistem kepercayaan kita. Jadi sebagai kesimpulan, untuk merubah ekonomi orang Melayu Islam, untuk Islam kembali menguasai dunia, untuk kita meneroka semula bidang-bidang ilmu.. Kita perlu menjadi kaya. Langkah pertama untuk menjadi kaya, adalah ubah sistem kepercayaan diri kita. Ini adalah usaha yang sangat penting walaupun susah dan memakan masa. Kita sudah tertanam dengan pemikiran ini sepanjang hidup kita mungkin 30 tahun, mungkin lebih. Jadi kita akan perlukan masa dan usaha untuk ubah. Percayalah dengan menjadi kaya, kita dapat membuat lebih banyak perkara kebaikan di dunia. Kemiskinan pula menghampirkan diri kita kepada kekurufan. terima kasih

Monday 19 December 2011


~~~Aku cuma Gadis Biasa~~~

~ ♥...Biarkan aku KHABARKAN padamu bahawa aku cuma GADIS BIASA, aku bukan bidadari kayangan yang sempurna...aku bukan rupawan dari hikayat dongeng, yang sangat jelita...aku cuma gadis biasa, hidupku pun bukan hanya indah dan bahagia...~

~...Biar aku ingatkan kamu, bahawa aku bukan bidadari yang turun ke bumi...dengan kejelitaan dan kesempurnaan yang kamu impikan...BUKALAH MATA, kamu pun bukanlah putera impian dari cerita dongeng...♥ ~

>>> Maka mengapa tidak kita sama-sama MEMPERBAIKI DIRI? Dari sibuk menuding jari pada ketidaksempurnaan masing-masing? Aku dan kamu sama sahaja pada PANDANGAN ILLAHI...maka, pimpinlah aku, NASIHATKANLAH aku..sungguh, aku BUKANLAH WANITA YANG SEMPURNA..♥♥

Monday 28 November 2011

Renungkanlah......

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20... Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt
merungkai persoalan samada benar atau tidak.

Sajak Untuk Ibu
Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….

Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu

Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Monday 19 September 2011

tinta bicara

Asalammualaikom.....syukur ke hadrat Ilahi kerana kenikmatan dunia yang diberikan dalam menjalani kehidupan sebagai hambaNYA dan salam sayang buat semua. pertama sekali ingin ku ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang membantu dalam membuat blog ini, semoga ilmu yang dicurahkan akan diberkati oleh Allah S.W.T.