Saturday 19 May 2012

Antara Kaya dan Miskin : Mana satu pilihan anda ?

Antara Kaya dan Miskin : Mana satu pilihan anda ? Salam, Buat permulaan, saya mohon maaf atas kelemahan untuk mengarang artikel baru untuk dimuatkan dalam blog ini. Saya berasa malu dengan diri sendiri apabila hampir setiap hari orang add saya dlm facebook atau hubungi saya melalui email untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah atas tulisan-tulisan yang ada dalam blog ini. Saya minta maaf dan berusaha untuk menulis sekadar yang boleh. Komen dan kritikan dari pembaca blog ini sangatlah dialu-alukan. Antara orang kaya dan miskin, yang manakah lebih baik ??? Saya cuba untuk tidak menghuraikan artikel ini dari sudut agama kerana nanti perbincangan kita akan tertuju ke arah yang lain. Rata-rata antara kita mempunyai pandangan yang cantik dan baik terhadap kemiskinan. Bagi mereka, kemiskinan adalah ketenangan. Selain dari itu, mereka juga akan mengemukakan hujah-hujah agama oleh ustaz itu dan ustaz ini yang mengatakan bahawa kemiskinan itu bagus. Abdul Rahman bin Auf akan merangkak di akhirat kerana kekayaan yang ada. (hujah ini berdasarkan hadith yang daif) Bukan setakat itu, mereka ini juga mempunyai pandangan yang jahat terhadap kekayaan. “Aku tak nak jadi kaya, sebab nanti takut aku akan lupa Tuhan”. Kebodohan seperti ini diteruskan lagi dengan pandangan bahawa orang kaya sombong, kuat menipu, kaki perempuan, kaki minum dan segala yang buruk. Memang ada orang baik dan jahat di kedua-dua kategori miskin dan kaya, tetapi persoalan saya adalah mana yang lebih baik ? Mari kita lihat realiti Siapa paling ramai menghuni rumah HIV ??? Siapa paling ramai menghuni pusat serenti ??? Siapa paling ramai menghuni penjara ??? Siapa banyak mencuri ??? Siapa banyak merompak ??? Siapa banyak merogol ??? Siapa rogol anak dan cucu sendiri ??? Siapa paling ramai buang bayi ??? Siapa paling ramai menagih dadah ??? Anak siapa tidak mendapat pendidikan yang cukup ??? Siapa bohsia dan bohjan ??? Jawapan bagi persoalan di atas adalah Orang Miskin. (Cuba baca artikel ini dengan positif) Jawapan ini bukan jawapan saya, tetapi ini adalah kenyataan dan fakta. Dengan menjadi kaya dan lengkap segala keperluan, tidak ada keperluan untuk seseorang itu merogol, mencuri, merompak, mengambil dadah, membuang bayi dan sebagainya. Orang yang waras pasti sudah boleh menerima apa yang saya ingin sampaikan pada tahap ini. Kepada yang belum memahami, biar saya beri anda 4 pilih dan pilih antara 4 pilihan ini. a. menjadi kaya dan kufur b. menjadi kaya dan beriman c. menjadi miskin dan kufur d. menjadi miskin dan beriman Tentu tidak siapa hendak jadi kufur. Jadi, jawapan kita adalah samada (b) atau (d). Sekarang kita terpaksa membuat pilihan antara menjadi kaya atau miskin. Orang waras akan membuat pilihan menjadi kaya. Dengan menjadi kaya, anda dapat membayar lebih banyak zakat, memberi lebih banyak sedekah, mendidik anak anda dengan pendidikan lebih berkualiti, makan makanan yang lebih berkhasiat, melawat lebih banyak negara, mengenali lebih ramai orang, membaca lebih banyak buku, mempelajari lebih banyak kemahiran. Tidakkah semua ini adalah baik untuk diri dan agama kita ??? Ramai antara kita samada usahawan ataupun yang bekerja makan gaji mengemukakan soalan ini kepada saya. “saya telah banyak berusaha buat itu dan ini, tetapi saya tetap tidak kaya, kenapa ???” Dalam diri manusia, kita mempunyai sistem kepercayaan atau believe system. Sistem ini terbina secara tidak sedar sejak kita kecil dan sistem ini kita akan pegang sehingga kita mati tanpa kita sedari. Untuk berjaya dalam sesuatu, sistem ini kena selari, jika tak selari, maka kita akan sabotaj diri kita sendiri. Dalam contoh di atas, kebanyakkan daripada kita mempunya sistem kepercayaan sebegini. premis 1 – Aku nak jadi kaya. premis 2 – Kekayaan itu jahat premis 3 – Aku tak nak jadi jahat Apabila ketiga-tiga premis ini berada dalam benak fikiran kita, akan berlakulah ‘clash of believe’ atau pertembungan kepercayaan. Kita tak mungkin jadi kaya sehingga bila-bila. Ini adalah seperti sebuah kapal di tengah-tengah laut yang ditarik ke arah timur dan barat. Kapal itu tidak ke mana, ataupun akan ke arah yang lebih kuat secara susah payah. Inilah yang terjadi dengan masyarakat kita hari ini. Orang Melayu terutamanya. Mereka ini dididik oleh persekitaran samada ibubapa, guru, ustaz, filem, tv, radio dan lain-lain bahawa kekayaan itu sesuatu yang jahat. Lihat saja filem hindustan, jarang sangat hero adalah seorang yang kaya. Hero biasanya miskin, penjahat biasanya kaya. Penjahat akan menindas hero yang miskin, hero ini akan menentang penjahat yang kaya sehingga dia menang. Penjahat yang kaya akan kalah. Cuba bayangkan sebuah filem hindustan dengan hero yang kaya raya, dan penjahat yang miskin. tentu tak best kan ??? Inilah yang mendidik sistem kepercayaan kita. Jadi sebagai kesimpulan, untuk merubah ekonomi orang Melayu Islam, untuk Islam kembali menguasai dunia, untuk kita meneroka semula bidang-bidang ilmu.. Kita perlu menjadi kaya. Langkah pertama untuk menjadi kaya, adalah ubah sistem kepercayaan diri kita. Ini adalah usaha yang sangat penting walaupun susah dan memakan masa. Kita sudah tertanam dengan pemikiran ini sepanjang hidup kita mungkin 30 tahun, mungkin lebih. Jadi kita akan perlukan masa dan usaha untuk ubah. Percayalah dengan menjadi kaya, kita dapat membuat lebih banyak perkara kebaikan di dunia. Kemiskinan pula menghampirkan diri kita kepada kekurufan. terima kasih